.

.

Bekas pemain Melaka meninggal dunia


Peminat bola sepak tanah air hari ini dikejutkan dengan pemergian seorang pertahanan kental, Durahim Jamaluddin kira-kira pukul 1.50 pagi tadi akibat serangan jantung.

Anak kelahiran Merlimau Melaka itu pernah beraksi bersama Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Terengganu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Proton Football Club (FC) meraih satu kaps antarabangsa menentang Singapura pada 2005.

Jenazah anak jati Melaka itu dilaporkan akan disemadikan di kampung halamannya di Merlimau, hari ini.

Allahyarham bergambar kenangan bersama beberapa bekas pemain kebangsaan lain.
Allahyarham yang cukup dikenali dalam kancah bola sepak Malaysia meninggalkan seorang balu, Noorfarahliyana Yusoff dan dua anak, Dhia Isabella dan Noah Isaac.

Salam takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Foto: Facebook
Powered by Blogger.