.

.

Pemain Portugal, Perancis isi kouta pemain import


Selepas pengguguran tiga pemain import, Melaka United bertindak pantas menggantikan mereka dengan pemain baharu yang dipercayai mampu menjulang pasukan.

Hanya mengekalkan Jeon Woo-Young, Melaka United mengugurkan Marko Simic, Jasmin Mecinovic dan Felipe Almeida de Souza.

Kini pasukan di selatan tanah air ini dilaporkan hanya menunggu jawapan daripada penyerang Johor Darul Ta'zim, Mohamed Ghaddar bagi melengkapkan kuota pemain import musim depan.

Jeon merupakan satu-satunya pemain import yang dikekalkan.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) Datuk  Mohd. Yusoff Mahadi ketika dihubungi MStar Online memberitahu, dua pemain import baharu sudah diikat Melaka United.

Namun, Mohd. Yusoff sehingga kini masih belum mahu mendedahkan profil dua pemain baharu berkenaan yang dijangka mampu mengisi kekosongan sedia ada.

"Jeon kita kekalkan, manakala tiga lain kita cari baharu.

"Dua daripadanya sudah sah akan bersama kami. Seorang dari Portugal dan seorang lagi dari Perancis," katanya.

Mohd. Yusoff (kanan) mahu persiapan pasukan dilakukan lebih awal.
Menurut Mohd. Yusoff, slot terakhir pemain import dijangka bakal diisi oleh Ghaddar.

"Ghaddar akan mengisi slot terakhir pemain import kita. Sekarang masih di peringkat perbincangan bersama JDT.

"Secara dasarkan JDT bersetuju melepaskan Ghaddar. Cuma kita belum dengar daripada mulut pemain itu sendiri.

"Kita tidak mahu pemain itu datang kerana terpaksa. Saya nak dia datang ke Melaka atas kerelaan hati sendiri," ujarnya.

Melaka United kini rancak merekrut pemain baharu selepas hanya mengekalkan sembilan pemain sahaja daripada skuad musim ini.

Adakah akan ada muka baharu atau nama besar lain sertai Melaka United?

Foto: MUSA, JST
Powered by Blogger.