.

.

Dudu Omagbeni gagal dapat ITC


NAMPAKNYA hasrat Melaka United untuk mendapatkan penyerang import, MacPherlin Dudu Omagbeni tidak kesampaian apabila pemain itu dilaporkan gagal mendapat Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC).

Menurut laporan BH Online, situasi itu mencetuskan kebimbangan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) yang benar-benar mahukan penyerang berusia 32 tahun itu beraksi untuk pasukan yang berada di tangga ke-11 Liga Super itu.

Pengurus pasukan, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi berkata, Dudu Omagbemi berada dalam radar bagi mengetuai jentera serangan pasukan namun tidak dapat didaftarkan mengikut tarikh yang ditetapkan berikutan masalah ITC. 

"Saya sahkan Dudu Omagbemi tidak akan beraksi untuk Melaka United berikutan masalah ITC dengan kelab lamanya di India. Walaupun masih ada tempoh dua hari, namun  Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tidak akan melepaskan pemain berkenaan.  

"Kini kami terpaksa melupakan pemain yang pernah beraksi bersama Pulau Pinang sekitar 2005 dengan menjaringkan lapan gol ketika itu," katanya hari ini. 

Dudu Omagbemi memiliki pengalaman luas di pentas antarabangsa termasuk pernah beraksi di Liga India bersama Mohun Bagan, East Bengal dan Chennaiyin FC.  

Sehubungan itu, Mohd. Yusoff berkata, Melaka United terpaksa menguji lagi beberapa pemain lain yang hadir ke Melaka hari ini dan esok.  

Pada jendela perpindahan pertengahan musim ini, Melaka United mengikat dua pemain import baharu iaitu Jasmin Mecinovic dari Macedonia dan Felipe de Souza dari Brazil selain mengekalkan Jeon Woo Young dari Korea Selatan.

Peledak berbisa Melaka United musim lalu, Ilija Spasojevic pula dilaporkan kini direhatkan. 

Foto: MUSA

Powered by Blogger.