.

.

Perjanjian TMJ: Wak Am tidak beraksi di Larkin


HASRAT penyokong Melaka United untuk melihat penyerang, Mohd. Amri Yahyah turun beraksi menetang bekas majikannya, Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin pada Ahad ini tidak kesampaian berikutan 'gentleman's agreement' yang dibuat antara pasukan itu dengan  Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Mohd. Amri menyertai Melaka United akhir musim lalu selepas menyaksikan peluangnya dalam kesebelasan utama JDT terhad dan penyerang kebangsaan itu kini berpeluang mengenakan jersi bernombor 17 kegemarannya di Stadium Hang Jebat.

Ketua jurulatih, Eric Williams berkata, beliau bersedia mengetepikan anak kelahiran Tanjung Karang itu daripada trip ke selatan tanah air berkenaan.

"Terdapat 'gentlement agreement' antara TMJ dan pasukan ini dan Amri tidak akan bermain menentang kelab asalnya, biarpun kami mendapatkan penyerang itu secara tetap.

"Dia begitu kecewa tidak dapat beraksi dan kami akan merinduinya," kata Williams menerusi portal ESPN hari ini.

MOHD. AMRI kecewa tidak dapat turun beraksi mentang JDT di Larkin, Ahad ini.
JDT pastinya mahu bangkit membenam cabaran Melaka United selepas skuad bimbingan Benjamin Mora itu tunduk dua perlawanan berturut-turut, 2-3 kepada Global FC dan 1-3 kepada Pahang dalam aksi Piala AFC dan perlawanan suku akhir pertama Piala FA.

Melaka United pula berhasrat melakar kejutan di Larkin selepas difahamkan bahawa kesemua pemain termasuk tonggak import kembali cergas untuk diturunkan menentang juara Liga Super itu.

Mohd. Amri dilaporkan bakal meninggalkan Melaka United apabila jendela perpidahan dibuka Mei ini, dan sekiranya itu berlaku, beliau hanya mempunyai dua perlawanan lagi bersama pasukan iaitu menentang Felda United dan PKNS FC, kesemua perlawanan yang berlangsung April ini.

Foto: ESPN, MUSA
Powered by Blogger.