.

.

Turun lawan Pulau Pinang kehendak saya - Spaso


DIKETEPIKAN ketika aksi menentang Pahang minggu lalu kecederaan, kapten, Ilija Spasojevic tekad untuk turun bermain menentang Pulau Pinang di Stadium Negeri, Batu Kawan, biarpun kecederaannya belum pulih sepenuhnya.

Spasojevic atau Spaso yang disenaraikan dalam kesebelasan utama menentang pasukan di dasar Liga Super itu mendedahkan, keputusan untuk turun beraksi adalah kehendaknya.

Namun, hasrat penyerang berusia 30 tahun itu membantu pasukan membenam cabaran Pulau Pinang tidak kesampaian apabila dia diusung keluar pada awal permainan kerana kecederaan.

"Sangat sedih meninggalkan perlawanan semalam pada minit kelapan kerana kecederaan. Bagaimanapun, untuk bermain menentang Pulau Pinang adalah keputusan saya dan tidak ditolak jurulatih atau doktor.

"Saya mahu membawa pasukan meraih kemenangan namun hajat itu tidak kesampaian. Saya akan memberi fokus kepada pemulihan dan berharap akan kembali ke beraksi di padang secepat mungkin. Terima kasih semua penyokong yang datang menyokong kami di Pulau Pinang," katanya dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Peluang bekas penyerang Persib Bandung itu diturunkan dalam aksi menentang Kedah di Stadium Darul Aman, Sabtu ini masih belum dapat dipastikan.

Diharapkan pemenang kasut emas Liga Perdana itu kembali pulih dan membantu pasukan mencatat keputusan terbaik di gelanggang lawan.

Foto: Ilija Spasojevic
Powered by Blogger.