.

.

Jasmir cedera ketika jalani latihan


SATU perkhabaran yang kurang baik diterima dari kem Melaka United di Stadium Hang Tuah semalam apabila pemain sayap, Jasmir Mehat diberitakan mengalami kecederaan ketika menjalani latihan, petang semalam.

Pemain sayap berusia 23 tahun itu dikhabarkan bertembung dengan salah seorang rakan sepasukan sehingga menyebabkannya terpaksa dikejarkan ke hospital.

Menurut abangnya, Mazlan, tiada kecederaan serius yang dialami oleh adiknya itu.

"Biasalah latihan... Nasib tak baik hari ini. Berlaga, koyak bawah kening," katanya menerusi akaun Facebook peribadi beliau, semalam.


Jasmir merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam bola sepak Melaka apabila diserapkan ke dalam pasukan utama dari skuad Piala Presiden.

Anak jati Melaka itu merupakan antara tonggak skuad yang ketika itu dibimbing Mat Zan Mat Aris mencatatkan kejuaraan berganda dengan mengungguli Liga FAM pada 2015 dan Liga Perdana, setahun berikutnya.

Kecederaan yang dialami Jasmir mendapat perhatian penyokong yang rata-ratanya mendoakan supaya pemain itu agar cepat sembuh dan dapat kembali beraksi.

Foto: MUSA, Mazlan Mehat
Powered by Blogger.