.

.

Gelson Martins? Anda pasti?


NAMA bintang remaja meningkat naik Sporting Lisbon, Gelson Martins menjadi tular di media sosial akhir-akhir ini selepas dikatakan bakal menyertai Melaka United bagi menggantikan tonggak import yang gagal menyerlah dalam kempen Liga Malaysia musim ini.

Maka dengan penyebaran tersebut, berduyun-duyunlah penyokong kelab dari selatan tanah air itu menyerbu laman Youtube bagi menilai sejauh mana kemampuan pemain kelahiran Cape Verde, Portugal itu.
"Gelson Martins bintang kelab Lisbon
Antara pemain bintang Portugal B21
Menjadi taruhan pasukan Melaka
dlm peringkat perbincangan
Melaka SA
Antwi di gugurkan termasuk penjaring terbanyak liga perdana 2016 Spasojevic
Bekas import Melaka dari Romania Alex Tudose penganti Antwi
Termasuk import dari JDT akan di pinjam Melaka utk mengantikan Spasojevic
JDT dan MELAKA terus berkerjasama Dalam membangunkan bola sepak tempatan."
Persoalannya, sejauh manakah kebenaran laporan Martins bakal menyertai Melaka United selepas didakwa kini diperingkat perbincangan untuk menyertai pasukan ini?


Pada 31 Januari lalu bersamaan hari terakhir jendela perpindahan liga-liga utama Eropah, portal bola sepak Portugal, A Bola melaporkan, dua kelab gergasi Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid berminat mendapatkan pemain sayap berusia 21 tahun itu.

Menurut laporan tersebut, kelab-kelab berkenaan telah menghantar peninjau bakat untuk memantau secara rapat aksi Martins di Liga Portugal.

Bukan dua kelab itu sahaja, beberapa kelab Inggeris seperti Manchester United, Arsenal dan Chelsea juga dilaporkan sedang memantau perkembangan pemain berkenaan.


Sementara itu, pada Desember lalu, Martins telah dipilih sebagai pemain muda terbaik bulanan Kesatuan Pemain Bola Sepak Profesional (SJPF) di atas prestasi konsisten yang ditunjukkannya sepanjang bersama Sporting Lisbon.

Martins akhirnya dilaporkan menandatangani kontrak baharu bersama Sporting Lisbon sehingga Jun 2022 bagi menafikan minat yang ditunjukkan kelab-kelab gergasi Eropah.

Untuk rekod, sepanjang kempen Liga Portugal musim ini, Martins telah meledak sebanyak empat gol dan tujuh bantuan jaringan.

Justeru, sejauh mana peluang mana peluang pemain muda ini menyertai Melaka United? Anda ada jawapannya. 

Foto: Bleacherreport, Sapo
Powered by Blogger.