.

.

Baru kini mereka tahu kewujudan pasukan kita


BEBERAPA tahun kebelakangan ini, nama Melaka United mula meniti di bibir peminat dan pemerhati bola sepak tempatan.

Ianya hanya bermula selepas Melaka United yang dijenamakan semula di bawah pimpinan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Seri Ir. Idris Haron.

Dari situlah 'mereka-mereka' yang selama ini melabelkan Melaka 'tiada pasukan bola' dan sebagainya mula mengambil perhatian serius terhadap keputusan yang dicatatkan pasukan di selatan tanah air itu.

Mengecap dua kejuaraan berganda dalam tempoh dua tahun di bawah kendalian jurulatih, Mat Zan Mat Aris sememangnya satu pencapaian menakjubkan bagi bola sepak Melaka.

Namun, itu tidak cukup buat Mat Zan untuk meyakinkan pengurusan untuk menawarkan kontrak baharu selepas kontrak satu campurnya sejak di Liga FAM tamat.

Usah menuding jari pada pengurusan Melaka United kerana terlalu awal untuk menilai sejauh masa pencapaian pasukan selepas hanya tiga perlawanan.

Masih jauh perjalanan yang perlu ditempoh. Dua kekalahan berturut-turut yang dicatatkan Melaka United menentang Perak dan T-Team baru-baru adalah tidak wajar dan kurang bernasib baik.

Selain itu, pasukan ini perlu mengharapkan lebih tuah di depan gawang bagi mencatatkan keputusan yang memberangsangkan dalam perlawanan berikutnya.

Sebuah portal sukan tanah air beberapa hari lalu ada menyiarkan sebuah artikel yang dianggap tidak lebih kepada sekadar mahu mencari Likes dan Viewer yang tinggi untuk laman web mereka.

Penulis artikel berkenaan yang juga merupakan pengulas sukan tempatan dengan sinisnya cuba membangkitkan kemarahan penyokong Melaka United menerusi tajuk yang boleh dilabelkan sebagai 'pak lawak'.

Bukan ingin menasihatkan penulis berkenaan apatah lagi dia lebih lama makan garam dahulu dalam arena bola sepak tempatan tetapi apa yang ingin disampaikan adalah sejauh mana pemikirannya sehinggakan menilai pencapaian sesebuah pasukan terlalu awal, hanya dengan berlandaskan media sosial?

Tidak cukup matangkah untuk dia berfikir sebelum menulis artikel berkenaan? Satu persoalan kepada penulis berkenaan, ke manakah dia ketika Melaka United bermain liga bawahan bola sepak tempatan? Adakah dia mengikuti perkembangan pasukan ini?

Aksi Melaka ketika di Liga FAM satu ketika dahulu. Video: Wanchel

Usah melaga-lagakan penyokong dengan memainkan isu ini. Apakah jika Melaka United dibimbing individu sama akan mencatatkan keputusan yang lebih baik atau sama seperti nasib Pulau Pinang?

Apa pula kurangnya pencapaian Eric Williams, yang cemerlang mengemudi Yangon United yang mengecap kejuaraan liga di Myanmar.

Berikan pengendali kelahiran York, United Kindon berkenaan masa dan selepas itu kita lihat hasilnya. Kepada penyokong, teruskan memberi sokongan kepada pasukan, jatuh bangun kita bersama. Ayuh gegaukan stadium, gegaukan Liga Super! Hawau!

Foto: Utusan Online
Powered by Blogger.