.

.

Bayangan Spasojevic ke Selangor?


KEMPEN Liga Malaysia akhir melabuhkan tirai malam tadi dengan menyaksikan Kedah merangkul trofi Piala Malaysia buat kali yang kelima apabila menundukkan Selangor, 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat 1-1 dalam 120 minit perlawanan.

Namun, itu bukanlah perkara yang ingin ditekankan sebaliknya status terbaharu kapten Melaka United, Ilija Spasojevic mengenai perlawanan tersebut mencetuskan persoalan.

Ketajaman penyudah dan aksi konsisten Spasojevic sepanjang musim ini bersama skuad bimbingan Mat Zan Mat Aris itu telah menarik minat beberapa pasukan seperti Selangor dan Terengganu untuk memancing mendapatkan khidmat beliau.

Sehingga kini, Spasojevic mengambil sikap mengunci mulut berhubung spekulasi perpindahannya walaupun kontrak penyerang yang berasal dari Montenegro itu masih berbaki setahun bersama Melaka United.

Dalam status terbaharunya, Spasojevic menyaksikan perlawanan akhir membabitkan Selangor dan Kedah seolah-olah memberi gambaran dia mengikuti perkembangan pasukan yang bakal diwakilinya musim depan.


Ketika penyokong Melaka United mengharapkan Spasojevic kekal di Stadium Hang Jebat, tindakan berdiam diri Spasojevic pastinya mencetuskan kegusaran.

Pastinya penyerang seperti Spasojevic sukar untuk menolak tawaran lebih lumayan daripada pasukan lain yang mempunyai sumber kewangan lebih kukuh.

Apapun, segala keputusan mengenai masa depan terletak di tangan Spasojevic sendiri, kekal atau berubah angin bersama pasukan baru? 

Dia pernah melakukannya di Liga Indonesia dahulu, tidak mustahil akan melakukannya di sini kerana penyerang berusia 29 tahun itu merupakan seorang yang ambitious (bercita-cita tinggi).

Powered by Blogger.