.

.

Pertemuan Kim Swee, Idris bawa sinar bola sepak Melaka?


Mungkinkah sinar bola sepak Melaka semakin kelihatan? Atau hanya sekadar perjumpaan biasa antara Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron dan jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee.

Jurulatih muda itu merupakan anak jati Melaka dan perjumpaan atau kunjungan hormat ini dikatakan antara langkah awal Datuk Idris dalam merevolusikan bola sepak Melaka.

Menurut sumber, kunjungan tersebut adalah bagi mendapatkan pandangan Kim Swee dalam membentuk semula pasukan Melaka United Soccer Association (MUSA) termasuk pelan jangka pendek dan pelan jangka panjang.

Difahamkan, bahawa beberapa pemain Harimau Muda (tidak dipastikan dari skuad A, B, C atau D) yang bakal dipinjamkan bagi memperkuatkan Melaka musim depan.

BANTU... OKS mampu berikan pandangan dalam proses merevolusikan bola sepak Melaka.
Secara umumnya, penulis melihat tindakan ini adalah sesuatu yang positif kerana Ketua Menteri cuba mendapatkan pandangan individu yang telah lama bergelumang dengan kancah bola sepak tempatan terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan. Semoga perubahan yang bakal dibawa dalam Kongres Tahunan MAFA akan mencetuskan sinar baru bola sepak Melaka.

Dengan kempem Piala Malaysia yang telah memasuki fasa suku akhir, pemain-pemain mula mencari peluang dengan pasukan baru, terutama dengan pasukan yang kukuh kewangan mereka.

Melaka perlu bertindak pantas jika tidak mahu terlepas pemain berkualiti bagi memperkuatkan pasukan musim hadapan. 

Beberapa anak Melaka dilaporkan mahu kembali menabur bakti bersama pasukan seperti Rashid Mahmud, Faderin Kadir dan beberapa orang lain.

Namun, tidak ketinggalan beberapa pemain dari pasukan Liga Super dan Liga Perdana ada menyatakan keinginan untuk beraksi bersama Melaka. Tepuk dada tanya selera.

Foto: FB Idris Haron
Powered by Blogger.